Isnin, 6 Mei 2019

Tangki Air Rumah Bocor

Ini cerita bulan februari lalu. Atau... ini bukan cerita, ini ringkasan fakta.

Harga tukar tangki RM2,500.00
Kena deposit sikit nak beli tangki.

Tangki air rumah bocor: kalau bocor tepi boleh tampal. Kalau bocor bawah memang kena tukar.

Kerja menukar tangki melibatkan membuka bumbung, memotong kayu bumbung, memasuk dan mengeluarkan tangki, dan mengganti tangki serta pipe sekitarnya.

Tangki fibre glass hitam. Ada choice tangki aluminium.

Tangki bocor kerana batu kecik. Alaslah plywood.

Kerja makan masa 4 jam.

Ini gambar-gambar.

Pernah dibersihkan. Ini keladak 5 tahun.


Tangki ini size 400 galon. Teres Dua tingkat.

Ini air bertakung. Kalau nampak la.

Air dikeluarkan dari tangki. Akan keluar ke oveflow sini

Kerja membuka bumbung dan potong kayu.



Tangki sudah kosong, dicabut dan keluarkan. Air dikeringkan.

Air yang bertakung akan dikeringkan. Pekerja ini ceduk manual.
Disarankan anda beli hose kecik. Hose biasa contractor pakai untuk timbang air - untuk balance.
Sedut air masuk baldi. Baldi letak tingkat bawah. Senang, cepat dan kurang penat.

Cari saiz yang paling kecik.


Kemudian aku alas dengan plywood. Ini pun aku belajar dari baca blog orang lain.
Plywood ini aku potong 2 x 4 kaki. Tangki 400 galon tapak dia dalam 5 x 5 kaki.



Tangki dipindahkan ke atas plywood.


Setelah semua paip kembali dipasang dan dicuba maka bumbung ditutup.

Mana dijangka bocor telah disimen.

Ada dalam 6 orang (maksimum) datang hari tu. Semua pekerja. Tokey singgah kejap je. Sangat pro pekerja diorang. Setakat hari ini, masih tiada masalah. Plumber nama dia Normal Plumbing.













Tiada ulasan:

Catat Ulasan