Ahad, 24 Jun 2018

Prem & Amoi: Sketches Raya

Selamat Hari Raya

Ada dua orang gadis. Berbaju kurung turquise itu Amoi aku panggil.

Amoi pegang pistol, berboot Dr Martens socks grey. Berbangle dan berchoker. Duduk atas kerusi antik, runner pua kumbu Sarawak. Prem, gadis berkebaya biru muda terlalu kurus. Memakai VR yang dimodified, berbunga orkid di rambut panjangnya. Pakai bangle dan boots kulit. Berkain songket. Mengikat pinggang dengan kain ikat merah, berpending. Tangan kanannya berbalut ala-Rey. Memegang staff Rey yang palsu di beli dari mudah.my. Di kaki Prem adalah seekor kucing random. Aku teringat Aunty Lolo dan Tan Pan.


Ada stool, R2D2, buku atas lantai, power extension. Kotak monitor, remote HyppTV, Ijoy vape dan beberapa e-liquid. EX5 merah, tin biskut cina, tombak prop dan tripod video. Manfrotto barangkali.


Sofa one seater. Nice kalau kaler kuning berlining umber.



Coffee table wood drift jati, bakul ayaman, kepala vacuum Pensonic, frame gambar, lilin deco, lighter Cricket, charcoal stick, acrylic dan brush jumpa bawah sofa masa vacuum semalam. Sejak bila ntah le. Sanitary pad - yes, my girl dah dewasa.


Almari buku jati. Buku dan buku dan buku yang beli tapi tak terbaca, album gambar dulu, AT-AT. Frame gambar Universal Studio Singapore orang bagi. Mangkok sia, pelita ayam, random books. Poster frame Ikea, payung pasar malam dan kaki, tongkat bertempat duduk untuk solat dan kotak berisi barang kenangan. Pokok Heliconia dalam pasu, salah satu catan Zurin Shaari, work lain, sejadah bersidai dan bendera PKR bergantung.


Motor naik tangga?

Ahad, 17 Jun 2018

Koleksi Sampul Raya 2010

Kebarangkalian hobi ini bermula dengan tidak sengaja amatlah tinggi. Tapi diteruskan dari tahun ke tahun dengan harapan boleh satu hari nanti menyumbang kepada research phd sendiri, atau dimanafaatkan untuk research orang lain.

Koleksi sampul raya tahun 2010 sikit. Ada kemungkinan sebahagian dikeluarkan pada tahun sebelumnya tapi dapat kat anak aku tahun 2010, maka aku dokumentasikan sebagai Koleksi Sampul Raya 2010.

Angpau Bank Islam

Rekaan Sampul Raya Jusco 2010
Pasaraya AEON yang terkenal sekarang dahulunya dikenali sebagai pasaraya Jusco - Jaya Jusco sebelum-sebelumnya. Jusco memangpun merupakan pasaraya dibawah syarikat AEON. Jusco di Malaysia kemudiannya melalui proses penjenamaan semula pada Mac 2012. Sampul raya Jusco bercorak ala batik lepas ini meletakkan kedua-dua logo AEON dan juga JUSCO serta servis maxValue pada design sampul rayanya.

Sampul Raya MAA Takaful.
'Angpau' MAA Takaful bermutu tinggi, dengan finishing cetakan Spot UV. Sayangnya aku ambik gambar sambil lewa maka hasilnya tidak cantik. Menampakkan rekaan rumah melayu dan tulisan ala